Friday, May 8, 2009

FreeMason

Rahsia FreeMason



Menurut kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji, simbol dan maksud tersirat yang terkandung dalam gambar di atas ialah seperti berikut:
1. 13 tingkat piramid, di mana nombor 13 selalu dikaitkan sebagai nombor yang tidak bertuah (akan tetapi, ianya bertuah hanya untuk kumpulan mereka sahaja).
2. Simbol mata satu (Eye of Providence), ditafsirkan oleh barat sebagai tuhan yang sentiasa melihat kelakuan manusia. Bagi umat Islam, ianya merupakan simbol dajjal.
3. Penguasaan regim zionist/yahudi yang belum selesai (simbol mata satu dilihat belum bercantum dengan 13 tingkat piramid tersebut)
4. Kedatangan "penyelamat" kepada zionist/yahudi yang ditunggu-tunggu. Apabila simbol mata satu bercantum dengan 13 tingkat piramid, maka "penyelamat" (sebenarnya dajjal atau antichrist) sudah datang.
5. NOVUS ORDO SECLORUM, bermaksud "A new order of the ages.", akan tetapi boleh juga disama ertikan dengan maksud "New World Order".
6. ANNUIT COEPTIS, bermaksud "Approve Undertake". Erti yang mudah ialah "He approves (or has approved) [our] undertakings."
7. THE GREAT SEAL. Simbol piramid dengan mata satu ini merupakan bahagian belakang cop mohor atau Great Seal of the United States.
8. MDCCLXXVI, bermaksud 1776 iaitu tahun kelahiran organisasi Bavarian Illuminati (Order of the Illuminati) yang diasaskan oleh Adam Weishaupt. Illuminati ialah golongan tertinggi dalam hirarki pertubuhan Freemason.
9. "IN GOD WE TRUST…..ONE" (Rajah 2). Kepercayaan kepada tuhan yang satu. Masalahnya, pemahaman tentang ‘tuhan’ tersebut dibawa oleh Amerika. Jadi, ayat sebenar yang sepatutnya berbunyi begini "IN GOD DAJJAL WE TRUST…..ONE" (kerana dajjal amat meminati konsep One World Religion, One World Government, iaitu agenda New World Order).
10. ONE (1) membawa erti "Yang Satu (Dajjal)". Bagi masyarakat kristian barat (yang hanya melihat dari sudut hadapan sahaja), mereka menganggap ONE ialah kedatangan Jesus sebagai penyelamat di masa hadapan. Hanya wang kertas satu dollar saja yang terlibat dan tidak pula bagi wang kertas yang lain. Ini disebabkan wang kertas lain bernilai (sebagai contoh) USD10, USD50, USD100 (angka yang tertera di dalamnya). Maka, lebih "bertenaga" sekiranya menggunakan wang kertas berangka 1 (USD1).

Wednesday, May 6, 2009

Kenangan Israk Mikraj


Bukti kebesaran Allah SWT batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW sewaktu Israk Mikraj sampai kini masih tetap terapung di udara. Pada saat Nabi Muhammad hendak Mikraj batu tersebut nak ikut bersama, tetapi Nabi SAW menghentakkan kakinya pada batu tersebut, maksudnya agar batu tersebut tidak dibenarkan ikut.
Kisah Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW tentang batu gantung tersebut yang berada dalam masjid Umar (Dome of the Rock) di Lingkungan Masjidil AL AQSA di Yarusalem (Baitulmuqadis) .

Foto ini dari seorang hanba Allah sewaktu melawat Al Aqsa (yg sebenarnya) di Jerusalem, Subhanallah ... !! Foto ini dapat dibolosi kerana tidak diketahui oleh pihak Israelyang berkawal dan menjaga tempat tersebut dengan ketat.

Sampai sekarang masjid "dome of rock" ditutup untuk umum, dan Yahudi telah membuat masjid lain iaitu Al Sakhra tak jauh disebelahnya dengan kubah "emas" ( yg sering terlihat di poster2 yg disebarkan ke seluruh dunia dimana2 ) dan disebut sebagai Al Aqsa, untuk mengelabui ummat Islam dimana masjid Al Aqsa yang sebenarnya, yang Nabi Muhammad SAW pernah sebutkan Al Aqsa sebagai "masjid kubah biru".
Sekarang ini masjid Al Aqsa yg sebenarnya sudah diambil alih oleh Israel dan merancang untuk dihancurkan untuk diganti sebagai tempat ibadah mereka kerana bersebelahan dengan tembok ratapan bangsa Yahudi.

Monday, May 4, 2009

Tangisan Seorang Ibu



""Suatu ketika, seorang anak bertanya
kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu
menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu
adalah perempuan, nak.” “Saya tak
mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya
hanya tersenyum dan memeluknya
erat. “Nak, kau memang tak akan
mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada
ayahnya. “Ayah, mengapa ibu
menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab
yang jelas.” sang ayah
menjawab. “Semua perempuan memang
sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan
dia tetap terus bertanya-tanya,
mengapa perempuan menangis? Hingga
pada suatu malam, ia bermimpi dan
bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah,
mengapa perempuan mudah menangis?”
Dalam mimpinya ia merasa seolah
mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, saya
membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan
seluruh beban dunia dan isinya,
walaupun juga bahu itu harus cukup
nyaman dan lembut untuk menahan kepala
bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat
melahirkan bayi dari rahimnya, walau
kerap berulangkali menerima cerca dari
si bayi itu apabila ia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan
membuatnya tetap bertahan, pantang
menyerah saat semua orang sudah putus
asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk
merawat keluarganya walau dia sendiri
letih, walau sakit, walau penat, tanpa
berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan
kasih sayang untuk mencintai semua
anaknya dalam kondisi dan situasi
apapun. Walau acapkali anak-anaknya
itu melukai perasaan dan hatinya.
Perasaan ini pula yang akan memberikan
kehangatan pada anak-anak yang
mengantuk menahan lelap. Sentuhan
inilah yang akan memberikan kenyamanan
saat didekap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk
membimbing suaminya melalui masa-masa
sulit dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukannya tulang rusuk yang
melindungi setiap hati dan jantung
agar tak terkoyak.

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan
kemampuan untuk memberikan pengertian
dan menyedarkan bahwa suami yang baik
adalah yang tak pernah melukai
isterinya. Walau seringkali pula
kebijaksanaan itu akan menguji setiap
kesetiaan yang diberikan kepada suami
agar tetap berdiri sejajar, saling
melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata,
agar dapat mencurahkan perasaannya.
Inilah yang khusus kepada wanita, agar
dapat ia gunakan bila masa pun ia
inginkan. Ini bukan kelemahan bagi
wanita, kerana sebenarnya air mata ini
adalah “air mata kehidupan.